Prinsip-prinsip asas operasi Organ tiruan

Mata bionik

Organ penglihatan tiruan digunakan bagi mengubati kebutaan. Mata bionik mengandungi kamera yang bersambung dengan sepasang cermin mata. Ianya menggunakan implan retina khas yang menghantar isyarat frekuensi radio ke mikrocip yang telah ditanam di dalam retina. Setiap cip mempunyai elektrod dan elektrod ini akan menukarkan isyarat frekuensi radio kepada rangsangan elektrik dan merangsang saki-baki sel yang ada pada retina dan bersambung terus ke saraf optik. Kemudian, saki-baki sel retina akan menghantar makluamt visual melalui saraf optik dan terus ke otak.

Jantung

Jantung Tiruan (VAD)

.

Perentak jantung akan menghantar signal elektrik untuk merangsang otot ventikal. Perentak jantung tiruan adalah alat elektronik yang boleh diaplikasikan sama ada dengan menambah secara berperingkat (mod defibrilator), terus menambah, atau benar-benar menggantikan perentak semulajadi jantung mengikut keperluan. Selain itu, alat-alat bantuan ventrikular adalah alat peredaran mekanikal yang sebahagiannya atau sepenuhnya menggantikan fungsi hati yang gagal, tanpa penyingkiran hati itu sendiri.

Tangan dan kaki

Kaki Tiruan

.

Tangan dan kaki tiruan, atau prostetik, bertujuan untuk memulihkan tahap fungsi normal kaki dan tangan atau kudung. Alat-alat mekanikal ini membolehkan pesakit untuk berjalan lagi atau terus menggunakan dua tangan mereka.

Membran gentian berongga

Membentuk pertukaran unit gas asas paru-paru kontempari tiruan dan kecil dengan polimer tiub dengan dinding mikropora berketebalan 20-50 mm dengan diameter luar 200 - 400 mm. Liang dinding mempunyai saiz yang kebiasaannya bawah kira-kira 0.1mm, dan keliangan atau jumlah pecahan dinding gentian boleh berbeza daripada kira-kira 30% - 50%. Biasanya diperbuat daripada polimer hidrofobik supaya liang dinding membran kekal berisi gas dan gas pernafasan boleh meresap dengan mudah.

Paru-paru tiruan

Peparu tiruan kiri dan kanan

.

Alat perubatan yang digunakan untuk membantu atau menggantikan fungsi paru-paru. Paru-paru tiruan digunakan untuk teknik pembedahan cardiopulmonary bypass (CPB) semasa pembedahan jantung terbuka dijalankan. Selain itu, paru-paru tiruan juga memainkan peranan menggantikan paru-paru biologi dalam tujuan pengoksidaan darah dalam badan sambil menyingkirkan karbon dioksida. Salah satu contoh paru-paru tiruan ialah pengoksigenan membran ekstrakorporeum (extracorporeum membrane oxygenation, ECMO). ECMO adalah sejenis teknik rawatan bagi merawat masalah pernafasan dengan menyediakan sokongan pernafasan kepada badan pesakit. ECMO terbahagi kepada dua jenis iaitu jenis veno-arteri (VA) yang memberikan sokongan kepada jantung dan pernafasan, dan veno-veva (VV), hanya memberikan sokongan pernafasan sahaja.

Implan koklea

Koklea Implan

.

Alat elektronik yang dimasukkan melalui pembedahan bagi memberikan deria bunyi kepada seseorang yang pendengarannya telah terjejas akibat kemalangan ataupun pekak. Implan koklea terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian luar dan dalaman. Bagi bahagian luar, terdapat dua komponen iaitu mikrofon yang berfungsi sebagai penapis dan penghantar bunyi elektrik dengan memberikan isyarat melalui kabel serta pemancar, iaitu satu lapisan magnetik yang diletakkan di belakang telinga luar dan memancarkan isyarat-isyarat bunyi yang telah diproses oleh induksi elektromagnetik. Untuk bahagian dalaman pula, juga terdapat dua komponen iaitu penerima dan elektrod. Penerima akan mengambil isyarat elektrik dari pemancar dan elektrod pula akan merangsang gentian saraf auditori dan sensori bunyi diterima.